Ramai Membaca Al-Quran, Tetapi Sukar Memahami Mesejnya

Ramai umat Islam: 📖 Membaca al-Quran tetapi tidak memahami konteks ayat 🔗 Tidak nampak hubungan antara ayat dan kehidupan semasa 🧩 Sukar melihat gambaran besar setiap juzuk 🧠 Tidak tahu bagaimana mentadabbur ayat secara sistematik Asalkan anda berumur dalam lingkungan 25 - 55 tahun & ada keinginan nak belajar agama secara konsisten tapi selalu tersangkut sebab masa, platform Tibyan ini adalah jawapan untuk masalah anda. Malah, kalau anda komuniti Malaysia yang menetap di luar negara pun boleh akses dengan mudah!

Apa Itu Siri Tadabbur 30 Juz Al-Tibyan?

Siri ini merupakan pengajian tadabbur al-Quran yang membimbing peserta memahami tema utama, mesej wahyu, serta ibrah daripada setiap juzuk al-Quran secara tersusun. Kursus ini diolah daripada khazanah pengajian tafsir yang panjang dan dibangunkan dalam bentuk pembelajaran digital melalui platform Tibyan agar masyarakat dapat: ✔️ Memahami mesej besar setiap juzuk ✔️ Melihat hubungan ayat dengan realiti kehidupan ✔️ Membina kerangka pemikiran Qurani dalam kehidupan seharian

Apa Yang Anda Akan Pelajari Dalam Kursus Ini?

Tema besar setiap juzuk Al-Quran

Membantu peserta memahami gambaran utama setiap bahagian al-Quran supaya tidak membaca ayat secara terpisah tanpa konteks.

Ibrah daripada kisah para nabi dan umat terdahulu

Menjelaskan pengajaran daripada kisah dalam al-Quran agar peserta dapat mengaitkan nilai, cabaran, dan prinsip tersebut dengan realiti kehidupan hari ini.

Cara melihat al-Quran secara menyeluruh (Quranic Worldview)

Membina kerangka pemikiran yang berpandukan al-Quran supaya peserta dapat melihat isu kehidupan, masyarakat, dan kepimpinan melalui panduan wahyu.

Siri Tadabbur 30 Juz Tafsir Al-Tibyan

  1. 1

    Mukadimah - Prof. Dato' Zulkifli Yusoff

    1. Tadabbur Al-Tibyan - Mukadimah Free preview
  2. 2

    Dr. Ahmad Sanusi Azmi (Juz 1-5)

    1. (Included in full purchase)
    2. (Included in full purchase)
    3. (Included in full purchase)
    4. (Included in full purchase)
    5. (Included in full purchase)
  3. 3

    Dr. Muammar Ghaddafi Hanafiah (Juz 6-10)

    1. (Included in full purchase)
    2. (Included in full purchase)
    3. (Included in full purchase)
    4. (Included in full purchase)
    5. (Included in full purchase)
  4. 4

    Dr. Wan Nasyrudin Wan Abdullah (Juz 11-15)

    1. (Included in full purchase)
    2. (Included in full purchase)
    3. (Included in full purchase)
    4. (Included in full purchase)
    5. (Included in full purchase)
  5. 5

    Dr. Muhammad Zuhaili Saiman (Juz 16-20)

    1. (Included in full purchase)
    2. (Included in full purchase)
    3. (Included in full purchase)
    4. (Included in full purchase)
    5. (Included in full purchase)
  6. 6

    Dr. Wan Zulkifli Wan Hassan (Juz 21-25)

    1. (Included in full purchase)
    2. (Included in full purchase)
    3. (Included in full purchase)
    4. (Included in full purchase)
    5. (Included in full purchase)
  7. 7

    Dr. Mohamad Zulkifli Abd Ghani (Juz 26-30)

    1. (Included in full purchase)
    2. (Included in full purchase)
    3. (Included in full purchase)
    4. (Included in full purchase)
    5. (Included in full purchase)

Pati Ilmu Berkualiti (Legasi 40 Tahun)

Berasaskan legasi pengajian Tafsir Al-Tibyan yang dibina lebih 4 dekad, kini kami sampaikan kepada anda dalam format moden, ringkas dan mudah diakses.

Episod Pendek, Zero Stress (±15 minit)

Kami potong pengisian menjadi episod pendek 15 minit. Pembelajaran tak tertekan, tapi berterusan!

Barisan Pakar & Akademik Universiti Tempatan

Anda bukan diajar oleh calang-calang orang. Struktur 30 Juzuk ini dibahagikan dan dibimbing oleh barisan pensyarah dan pakar Al-Quran yang pakar dalam pelbagai disiplin.

Jaminan Kami

✅ Akses fleksibel sepenuhnya 24/7 sepanjang tempoh langganan. ✅ Sokongan teknikal platform sentiasa sedia membantu anda. ✅ Kualiti rakaman studio yang profesional, sedap mata memandang dan jelas di telinga.

Soalan Lazim Yang Ditanya

Q: Perlu ada asas bahasa Arab ke untuk ikuti kelas ni? A: Langsung tidak. Semua pengisian disampaikan dalam bahasa Melayu santai yang sangat mudah difahami. Khas untuk masyarakat awam macam kita. Q: Saya ni beginner, baru terhegeh-hegeh nak faham Al-Quran. Sesuai ke? A: Sangat sesuai! Pengisian fokus kepada tadabbur dan mencari ibrah (pengajaran). Kami tak bawa perbahasan hukum atau teknikal tafsir yang rumit. Q: Kalau tertinggal atau terlupa, boleh ulang tonton tak? A: Mestilah boleh. Anda boleh tonton banyak kali asalkan dalam tempoh langganan aktif anda. Q: Berapa lama kelas ni? Takut tak sempat nak tengok. A: Setiap episod hanya sekitar ±15 minit. Memang sengaja direka pendek-pendek supaya tak kacau jadual kerja anda yang sibuk tu. Q: Boleh buka kat phone je ke? A: Ya. Platform Tibyan mesra pengguna. Boleh akses melalui telefon pintar, tablet, atau laptop/komputer selagi ada internet. Boleh cast ke TV pintar juga kalau nak jadikan bahan usrah keluarga di rumah! Q: Adakah ini kira tafsir penuh 30 Juzuk Al-Quran? A: Program ini lebih berbentuk tadabbur. Maksudnya, kami menyorot mesej utama dan pengajaran berharga dari setiap juz secara ringkas dan praktikal, bukan perbahasan tafsir baris-demi-baris yang selalunya memakan masa bertahun-tahun untuk khatam.

Jangan tunggu lagi. Jadikan Al-Quran teman rapat anda mulai hari ini.

Luangkan cuma 15 Minit Sehari untuk mula hayati panduan hidup dari Al-Quran dengan Program Tadabbur Eksklusif kami!

Please contact us for access. (opens email in new window)